20 Idea Untuk Bilik Yang Kecil Tampak Kemas & Menarik..


#Korang pasti teringin kan, nak hiaskan bilik tidur anak-anak supaya cantik dan kemas... Tetapi niat terhenti apabila memikirkan saiz bilik yang kecil. Terasa buntu dan mati kutu. #Sebenarnya saiz bilik bukanlah masalah jika ada kemampuan kewangan untuk membina sesuatu yang menarik di dalam sebuah bilik yang kecil. Malah ia juga praktikal mengikut keperluan kita.

Hiasan dalaman serta aturan perabot ini sesuai untuk bilik bersaiz 8 x 10 kaki atau 10 x 10 kaki. Dengan tona warna dinding putih memberi impak saiz yang kelihatan luas. Semua perabot disusun rapat ke dinding hingga memberi ruang tengah yang agak selesa. Ia muat dengan katil single, rak buku, meja tulis, dan almari.


Tapi jika korang sukakan dinding yang berwarna warni , boleh pertimbangkan tona warna ini. Susun atur perabot juga hampir sama seperti contoh tadi. Mungkin ini sesuai untuk bilik lelaki.


Bilik ini pula sesuai untuk kelebaran 7 kaki dan memanjang antara 10 – 12 kaki. Katil diletakkan melintang dan dinding dibuatkan rak buku. Katil ditinggikan supaya di bahagian bawahnya boleh dijadikan rak berlaci yang sesuai untuk pakaian atau barangan lain. Meja tulis diletakkan disebelah katil yang berkemungkinan saiznya dalam 1.5 kaki X 3 kaki sahaja. Jadi ada ruangan kosong antara 5.5 kaki. Agak luas dan boleh dijadikan tempat solat. Almari pula diletakkan di tepi dinding hingga membentuk lorong ke arah pintu.



Korang boleh juga pertimbangkan design-design seperti di bawah ini untuk saiz dan bentuk bilik yang sama iaitu segi empat memanjang. Pastikan ruangan kosong di antara 3 hingga 4 kaki agar tidak rasa terlalu sempit dan pemilihan warna dinding dan perabot yang sesuai. Tip bagi ruangan kecil seperti ini ialah perabot berlapis iaitu menggunakan bawah ruangan katil untuk kegunaan lain. Tidak seperti kebiasaan yang hanya untuk letak kotak kasut sahaja.





Jika korang perlu berkongsi bilik dan saiz biliknya kecil seperti bilik untuk seorang sahaja, mungkin design-design ini boleh mencetuskan idea terbaek. Lagi sekali ia menggunakan konsep bertingkat atau berlapis untuk perabot-perabot bagi memaksimakan penggunaan dan keperluan.














Bagaimana dengan idea-idea ini untuk bilik bersaiz kecil kat atas ni ? harap-harap korang dah terjumpa idea yang menarik dan sesuai diguna pakai dalam menghias  bilik tidur yang kecil...so, apa lagi bertukarlah sekarang kepada bilik tidur yang kemas dan cantik mengikut bajet masing-masing... selamat menghias yer.....,

0 Response to "20 Idea Untuk Bilik Yang Kecil Tampak Kemas & Menarik.."

Post a Comment