#Keterujaan seorang bapa yang menamakan anak sulongnya dengan nama 'Obama' mendapat kritikan daripada orang ramai terutamanya dalam laman Facebook, berikutan tidak menyenangi nama tersebut.... Baca Selanjutnya Di SINI
Bagaimanapun bapa kepada bayi tersebut >Azman Kamaruddin,34 berkata dia tidak kisah dengan kritikan yang diberikan oleh orang ramai....
Artikel Berkaitan : GAMBAR TIZ ZAQYAH & Gadis-Gadis HOT TAYANG Sesuatu Di Instagram
Artikel Berkaitan : GAMBAR TIZ ZAQYAH & Gadis-Gadis HOT TAYANG Sesuatu Di Instagram
Menurutnya lagi,setiap individu mempunyai pelbagai persepsi tentang nama tersebut dan mempunyai hak untuk memberikan pendapat masing-masing...
#"Saya tidak pernah terkilan dengan hal ini. Tidak salah bagi saya untuk menamakan anak 'Obama', malah jika dinamakan Muhammad seperti yang dicadangkan oleh ramai orang,ada juga segelintir individu yang namanya Muhammad
juga melakukan perkara yang tidak baik", katanya ketika dihubungi Sinar Harian..
>Azman berkata, apa sahaja nama yang diberikan ,pokok pangkalnya cara anak itu pandai membawa diri apabila dewasa kelak..
Menurutnya lagi perkara yang paling penting adalah didikan daripada ibu bapa dan taat perintah Allah adalah kunci kepada kejayaan seseorang..
Selain itu Azman turut menegaskan tidak akan menukar nama anaknya kepada nama lain kerana menganggap nama itu unik selain rasa kekagumannya terhadap kepimpinan Obama..
"Saya berharap satu hari nanti, Obama Malaysia akan dapat berjumpa Obama Amerika" katanya lagi..
#Azman sebelum ini mendedahkan pemilihan nama 'Obama' untuk anaknya itu disebabkan kekaguman dengan kepimpinan President Amerika Syrikat itu..
Bagaimanapun ,sebahagian pengguna media sosial telah mengkritik tindakan Azman memberikan nama itu kepada anaknya..
0 Response to "BAPA TERUJA NAMAKAN ANAKNYA OBAMA"
Post a Comment