INILAH GAMBAR ADIK BERADIK KEMBAR SIAM AHMAD & MUHAMMAD YANG KINI BERUSIA 17 TAHUN !!


Masihkah korang ingat akan kisah adik beradik kembar siam Ahmad dan Muhammad yang dilahirkan bercantum di bahagian dada dan punggung pada tahun 1998, dan telah menjalani pembedahan pemisah di Hosp King Fahd National Guard , Arab Saudi pada tahun 2002 yang pernah menggemparkan dunia suatu ketika dulu.





Adik beradik kembar itu kini sudahpun berusia 17 tahun dan bakal menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) pada tahun ini.


Walaupun dilahirkan dengan kekurangan fizikal, mereka merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 23M Subang Jaya aliran Sains Tulen, dan mereka menjalani seisi persekolahan yang sama seperti kanak-kanak normal yang lain.

Ditanya bagaiman mereka ke sekolah, Ahmad memberitahu bahawa sebaik sahaja sampai di sekolah ayahnya Rosli Abdul Rahim, 44 akan mendukung mereka adik beradik naik ke bilik darjah yang terletak di tingkat 1. Malah mereka juga amat bertuah kerana dikurniakan kaawan-kawan yang sentiasa membantu mereka di sekolah.



isuterkini.info

0 Response to "INILAH GAMBAR ADIK BERADIK KEMBAR SIAM AHMAD & MUHAMMAD YANG KINI BERUSIA 17 TAHUN !!"

Post a Comment