SAYU - PESAN ZAMANI KEPADA SEMUA PEMINAT



zamani

#Simple tetapi cukup menyentuh perasaan. Pengurus Zamani iaitu Johan Aziz telah berkesempatan menemui bekas penyanyi kumpulan Slam itu. Zamani menyampaikan salamnya kepada semua dan berkata dirinya ‘ok’.

#Sedih juga membaca kata-kata yang diluahkan. Walaupun hanya sepatah dua. Iyerlah, Zamani dulu punyalah gemilang. Kini duduk dalam lokap angkara dadah. Memang betullah kata orang dadah itu berbahaya.

#Apa pun, dadah memang berbahaya dan merosakkan minda seseorang. Tak kiralah penyanyi ke, pelakon ke, selebriti ke. Kalau dah main dadah, memang sukar untuk lepaskan. Gian dia lain macam. Badan pun leh jadi kurus kering tinggal rangka. 

#Semoga Zamani akan insaf selepas apa yang berlaku ini. Masa depan terletak di tangan sendiri... Boleh tukar lagi jika ada kemahuan. Ramai peminat yang mendoakan kebahagiaan Zamani dan harap dia berubah.... Tak gitu? Jom sama-sama kita berusaha buat yang terbaik. Amin.


0 Response to "SAYU - PESAN ZAMANI KEPADA SEMUA PEMINAT "

Post a Comment