TIPS CONTROL SUAMI CURANG..



Bagi seorang wanita, tak ada yang lebih menyakitkan hati apabila mengetahui pasangan yang dicintai berlaku curang. Nak-nak jika sudah bergelar suami isteri.

Pernah tak korang terfikir cara untuk ‘control’ suami yang curang? Kat sini nak share sikit beberapa tips yang ada... Manalah tau kan kot-kot berguna...HIHI.. tapi, rase yang no 15 tu semua suami suka..


1. DEKATKAN DIRI DENGAN TUHAN


Ini yang paling utama sekali. Pokoknya ingat tuhan dan sentiasa berdoa supaya diberi hidayah dan keberkatan dalam rumahtangga.

Bagi yang muslim, ingatlah Allah itu sentiasa ada untuk mendengar setiap keluhan dan rintihan. Percayalah, tak ada yang lebih tenang dari mengadu pada sang Pencipta.


2. JANGAN TERGESA-GESA MENINGGALKANNYA




Tak dinafikan, wanita memang mempunyai sikap terburu-buru. Tapi awas! Jika anda sayangkan ikatan perkahwinan yang dibina, jangan culas dalam berbicara.

Jangan terburu-buru untuk meninggalkan pasangan anda. Sebaliknya, sabar dan cuba untuk bersemuka dengan baik.


3. AJAK SUAMI SEMBAHYANG BERJEMAAH


Sesungguhnya sembahyang itu tiang agama. Jadikan sembahyang berjemaah bersama suami dan anak-anak sebagai satu rutin harian.

In sha Allah, jika di izinkan oleh-Nya rumahtangga akan terpelihara dari pelbagai anasir-anasir jahat. Ketika bersolat, mintalah hubungan anda dan pasangan dijauhkan dari perkara maksiat.


4. JANGAN AMBIL SIKAP TAK PEDULI


Tunjukkan yang sebenarnya anda amat menyayangi pasangan. Jika anda ambil sikap tak peduli, pasangan akan cepat merasa bosan.
Jadi, cuba ambil berat mengenai dirinya.


5. CUBA TAWAN HATI SUAMI KEMBALI


Kembalikan kehangatan bercinta. Mungkin apabila sesuatu perhubungan itu sudah terlalu lama, dah tiba masanya anda melakukan sesuatu.

Cuba tawan hati suami kembali dengan kelembutan dan kemanjaan anda yang sering membuatkannya rasa sentiasa disayangi. Wanita kan dilahirkan dengan sifat lemah lembut. Tunjukkanlah.


6. BAGI SURPRISE...SURPRISE


Ini paling favourite. Sikap lelaki adalakanya ego. Tapi, sebenarnya mereka ni suka bila ada orang ambil berat tentang mereka tau!

Lagi-lagi jika ada yang bersusah payah membuat kejutan buat mereka. Sesekali cuba ambil cuti mengejut dan pergilah melawat suami di pejabatnya dan biarkan hati anda merasa apa-apa yang berlaku di sana.


7. AMALKAN DOA-DOA HARIAN




Buat mereka yang menghadapi krisis rumahtangga yang berat, berdoa kepada Allah SWT. Luahkan isi hati dan mohon supaya diberi kesabaran yang tinggi.


Amalkan doa-doa seperti doa menutup dan membuka pintu hati serta doa memohon ketabahan hati.


8. DUDUK BERBINCANG


Ini yang sepatutnya anda lakukan. Tak ada jalan penyelesaian jika bermasam muka dan saling marah antara satu sama lain.

Ingat, setiap masalah pasti ada penyelesaian. Berbincang dengan baik. Tunjukkan anda seorang wanita yang tabah dan kuat.


9. BAIKI PENAMPILAN DIRI


Berhiaslah untuk suami. Jaga dan jangan sesekali mengabaikan kecantikkan diri. Sentiasa nampak cantik dimata suami.
Cuba untuk menjadi seorang isteri yang lebih baik dari sebelum ini, luaran dan dalaman. Okay?


10. JANGAN MENDESAK ATAU BERI TEKANAN




Lelaki memang tak suka didesak dengan pelbagai persoalan. Lagi didesak, lagi mereka akan mengelak.

Bagi mereka, desakan itu satu tekanan yang amat merimaskan. Jadi, cuba berlembut dan sabar dalam mencari jawapan.


11. INGATKAN TANGGUNGJAWABNYA KEPADA ANAK-ANAK


Orang kata, anak-anak merupakan pengikat kasih antara suami isteri. Apa kata anda ingatkan kembali tanggungjawab si suami.

Bukan dia terlupa, tapi mungkin hanyut dek cinta sementara. Cewah! Ajaklah anak-anak bermanja sekali dengan ayah mereka, pasti kebahagiaan keluarga akan bertambah.


12. KEHIDUPAN SEKS YANG SIHAT



Seks sememangnya amat penting dalam kehidupan rumahtangga. Ini tips ikhlas dari seorang lelaki kepada kami :

'Waktu tidur amat penting, pasangan suami isteri hendaklah tidur bersama. Kerana sebelum waktu tidurlah si suami mahupun si isteri akan bercerita dan berkongsi apa yang dirasai dalam hati.'


13. CARI KAUNSELOR DARI PEJABAT AGAMA


Tak tahu nak bercerita pada siapa? Jangan risau, cari kaunselor yang dapat membantu masalah anda. Mungkin akan ada jalan penyelesaian yang anda terlepas pandang.

Carilah kaunselor yang arif mengenai hukum-hukum syariah dan dapatkan pendapat mereka. Sedikit sebanyak ia akan membantu menguatkan semangat anda dan pasangan.


14. AMALKAN DOA DALAM MASAKKAN


Orang kata, nak pikat suami melalui masakan. Tapi, jika anda sayang suami anda, apa kata amalkan beberapa doa ketika memasak makanan.

Bukan apa, ia sebagai penguat dan pengikat kasih sayang. Barulah suami anda akan terikat dan terpikat. Jangan cari bomoh sudahlah ya!


15. IZINKAN SUAMI BERPOLIGAMI..HIHI



Kami tahu ini amat sukar. Wanita mana yang ingin berkongsi kasih. Betul tak? Tetapi, kadang-kadang anda harus belajar untuk menerima dan redha dengan ketentuan Allah. Lagipun siapa yang tak nak payung emas kan??

Mana tahu, bila anda izinkan suami berkahwin lain, dia akan mula sedar kesilapan diri dan ingin anda menyayanginya seperti dulu kan.

Ini je yang dapat kami kongsikan untuk anda. Kalau ada tip-tip lain, jomlah share dengan kami.

Yang sedang menghadapi masalah tu, jangan bersedih dan berduka. Cari sesuatu yang boleh mengembalikan semangat dan kecerian anda.

Hargai diri dan hiasi peribadi.,,


www.isuterkini.info

0 Response to "TIPS CONTROL SUAMI CURANG.."

Post a Comment